Duma Weblog

…weblog tidak rasmi

  • Pages

  • Subscribe

4 Kali berturut-turut menjadi juara

Posted by redkapet on June 20, 2009

SMKDUMA masih mengungguli Pesta Pantun Peringkat Negeri Sembilan. Ini merupakan kejayaan kali keempat berturut-turut sejak tahun 2006. Walaupun mendapat saingan sengit daripada pasukan SMK Batu Kikir (Model Khas), namun pengalaman sebagai Juara Peringkat Kebangsaan tahun 2008 masih membekas dalam pasukan SMKDUMA.

Pasukan SMKDUMA bersama VIP dan Pengetua

Pasukan SMKDUMA bersama VIP dan Pengetua

Posted in Uncategorized | 5 Comments »

SAMBUTAN HARI RAYA 2008

Posted by redkapet on October 27, 2008

24 Oktober 2008 / 9.30 – 12.00 pagi / Dataran Letak Kereta

Kemeriahan hari raya 2008 diteruskan dengan sambutan peringkat sekolah. Semua guru dan pelajar berkongsi keriangan dan juga tetamu-tetamu jemputan menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama.

Posted in Umum | Tagged: , , , | Leave a Comment »

SUNTIKAN SEMANGAT

Posted by redkapet on October 26, 2008

MINGGU PEPERIKSAAN PMR 2008 ( 13 – 17 OKTOBER 2008)

Suntikan semangat oleh Pengetua setiap hari sebelum calon-calon memasuki dewan peperiksaan.semoga semua calon PMR 2008 beroleh kejayaan cemerlang

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Trail SPM 2008

Posted by redkapet on September 3, 2008

Mulai 2 September, semua pelajar SPM akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM 2008. Peperiksaan berlangsung di Dewan Seri Perdana dan kepada semua calon SPM diharapkan telah lama bersedia dan menghadapi peperiksaan ini dengan bersungguh-sungguh demi masa depan anda semua.

Posted in Akademik | Tagged: , , , | Leave a Comment »

F1 in School

Posted by redkapet on August 29, 2008

Pertandingan F1 in School 2008 Peringkat Zon Selatan (N.Sembilan dan Kuala Lumpur) telah diadakan pada 27 – 29 Ogos 2008 di SK Petaseh (Berasrama), Jelebu, Negeri Sembilan. Team F1 SMKDUMA telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan. Terima kasih kepada pihak pengurusan terutama kepada Pengetua SMKDUMA, Pn. Zakiah bt Md Noor, GPK Kokurikulum En. Ab Razak bin Junus, semua guru yang telah banyak membantu En. Awaludin Mohamed, Pn. Ruzana Abdul Hamid, Pn. Farah Sabina, Cik Nazrulhani dan dua orang guru pelatih. Sekalong perghargaan kepada guru penyelaras En. Mohd Faizal b Mohd Derus, yang telah berusaha siang dan malam demi F1 SMKDUMA. Juga terima kasih kepada kumpulan sokongan yang telah banyak membantu dari segi logiktik.

Terima kasih juga kepada semua penaja yang telah menyumbang kepada Pasukan F1 SMKDUMA, terutama YB Datu Seri Utama Dr Rais Yatim, Ahli Parlimen Jelebu, YB Dato’ Yunus Rahmat ADUN Klawang, serta Zecon sebagai penaja Utama.

Team F1 SMKDUMA

Team F1 SMKDUMA

Team F1 bersama Pengetua SMKDUMA

Team F1 bersama Pengetua SMKDUMA

Keputusan tahun ini tidak memihak kepada pasukan kita, namun kesungguhan semua pihaksangat dihargai.

Posted in Kokurikulum | Tagged: , , | 2 Comments »

Khabar Gembira

Posted by redkapet on August 29, 2008

Khabar gembira : GKMP Bidang Bahasa, PK1 dan guru pengiring pasukan pantun SMKDUMA sedang meneliti berita kejayaan pasukan pantun sekolah menerusi akhbar setelah berjaya menjuarai Pesta Pantun Kebangsaan2008

Posted in Kokurikulum | Tagged: , | 6 Comments »

Pesta Pantun 2008

Posted by redkapet on August 29, 2008

Negeri Sembilan johan Pesta Pantun Kebangsaan 2008



BANGGA: Pasukan SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan bersama hadiah juara Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah 2008.

NEGERI Sembilan muncul juara Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia 2008, sekali gus menamatkan impian untuk menjulang Piala Sirih Pulang Ke Gagang sejak mula dipertandingkan pada 1989.

Negeri Sembilan diwakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Undang Musa Al-Haj, Jelebu, membariskan Norfitri Zainal Abidin, Mohd Helmi Ramli, Nazrul Akram Kamaruddin dan Mohd Nasriq Ariffin serta Norsyahira Mohd Pauzi berjaya mengetepikan jirannya, Melaka pada pertandingan akhir itu semalam.

Selain piala berprestij itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Undang Musa Al-Haj, Jelebu, turut menerima hadiah wang tunai RM2000, piala iringan, plak, buku bernilai RM500 dan sijil penyertaaan.

Lebih manis lagi pemantun SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj, Jelebu , Mohd Helmi Ramli, turut dipilih pemantun terbaik sekali gus merangkul Piala Keterampilan, wang tunai RM100, buku dan sijil penyertaan.

Sementara itu, guru pembimbing Negeri Sembilan, Mustami Abdul berkata, gaya persembahan bersahaja dan keyakinan tinggi pemantun adalah antara faktor yang membawa kepada kejayaan mereka.

Sambil menyifatkan pasukan dari negeri jirannya, Melaka tidak kurang hebatnya, beliau bagaimanapun berkata, tuah menyebelahi pasukan sekolahnya selain latihan gigih yang dijalankan sejak terpilih mewakili negeri.

“Kami bersyukur atas kejayaan ini dan berharap kejuaraan ini akan berulang tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman mewakili Negeri Sembilan ke pertandingan peringkat kebangsaan selama tiga tahun sejak 2005 ternyata membawa tuah kepada Dato’ Undang Musa Al-Haj, untuk muncul juara.

“Sepanjang penyertaan di peringkat kebangsaan, pencapaian terbaik kami ialah tempat ke-3 pada 2007, manakala pada 2005 dan 2006 kami kecundang di peringkat awal lagi,” katanya.

Pemantun terbaik, Nazrul Akram Kamaruddin pula menyifatkan pemilihannya sebagai pemantun terbaik kali ini di luar jangkaan, tambahan pula dia baru dua tahun menyertai Pesta Pantun.

Sambil mensyukuri bakat yang dianugerah Tuhan kepadanya, Mohd Helmi berkata, gelaran itu adalah hadiah sempena Hari Kemerdekaan kali ke-51 untuk warga pendidik di negeri sembilan.

“Terima kasih kepada guru pembimbing kerana tanpa sokongan dan tunjuk ajar mereka, gelaran ini pastinya bukan menjadi milik saya.

“Tunjuk ajar mereka memberi sumber inspirasi kepada saya dan pemantun lain untuk terus berada di landasan yang betul sekali gus merangkul kedua-dua piala berprestij itu,” katanya.

Oleh Mohd Idris Sulaiman
upen@bharian.com.my

sumber : http://www.bharian.com.my/

Posted in Kokurikulum | Tagged: , , | 5 Comments »