Duma Weblog

…weblog tidak rasmi

Pesta Pantun 2008

Posted by redkapet on August 29, 2008

Negeri Sembilan johan Pesta Pantun Kebangsaan 2008



BANGGA: Pasukan SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan bersama hadiah juara Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah 2008.

NEGERI Sembilan muncul juara Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia 2008, sekali gus menamatkan impian untuk menjulang Piala Sirih Pulang Ke Gagang sejak mula dipertandingkan pada 1989.

Negeri Sembilan diwakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Undang Musa Al-Haj, Jelebu, membariskan Norfitri Zainal Abidin, Mohd Helmi Ramli, Nazrul Akram Kamaruddin dan Mohd Nasriq Ariffin serta Norsyahira Mohd Pauzi berjaya mengetepikan jirannya, Melaka pada pertandingan akhir itu semalam.

Selain piala berprestij itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Undang Musa Al-Haj, Jelebu, turut menerima hadiah wang tunai RM2000, piala iringan, plak, buku bernilai RM500 dan sijil penyertaaan.

Lebih manis lagi pemantun SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj, Jelebu , Mohd Helmi Ramli, turut dipilih pemantun terbaik sekali gus merangkul Piala Keterampilan, wang tunai RM100, buku dan sijil penyertaan.

Sementara itu, guru pembimbing Negeri Sembilan, Mustami Abdul berkata, gaya persembahan bersahaja dan keyakinan tinggi pemantun adalah antara faktor yang membawa kepada kejayaan mereka.

Sambil menyifatkan pasukan dari negeri jirannya, Melaka tidak kurang hebatnya, beliau bagaimanapun berkata, tuah menyebelahi pasukan sekolahnya selain latihan gigih yang dijalankan sejak terpilih mewakili negeri.

“Kami bersyukur atas kejayaan ini dan berharap kejuaraan ini akan berulang tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman mewakili Negeri Sembilan ke pertandingan peringkat kebangsaan selama tiga tahun sejak 2005 ternyata membawa tuah kepada Dato’ Undang Musa Al-Haj, untuk muncul juara.

“Sepanjang penyertaan di peringkat kebangsaan, pencapaian terbaik kami ialah tempat ke-3 pada 2007, manakala pada 2005 dan 2006 kami kecundang di peringkat awal lagi,” katanya.

Pemantun terbaik, Nazrul Akram Kamaruddin pula menyifatkan pemilihannya sebagai pemantun terbaik kali ini di luar jangkaan, tambahan pula dia baru dua tahun menyertai Pesta Pantun.

Sambil mensyukuri bakat yang dianugerah Tuhan kepadanya, Mohd Helmi berkata, gelaran itu adalah hadiah sempena Hari Kemerdekaan kali ke-51 untuk warga pendidik di negeri sembilan.

“Terima kasih kepada guru pembimbing kerana tanpa sokongan dan tunjuk ajar mereka, gelaran ini pastinya bukan menjadi milik saya.

“Tunjuk ajar mereka memberi sumber inspirasi kepada saya dan pemantun lain untuk terus berada di landasan yang betul sekali gus merangkul kedua-dua piala berprestij itu,” katanya.

Oleh Mohd Idris Sulaiman
upen@bharian.com.my

sumber : http://www.bharian.com.my/

5 Responses to “Pesta Pantun 2008”

  1. da_juliet said

    tahniah………..

  2. umi umairah said

    utk sume pemantun,TAHNIAH!!
    semoga smkDUMA terus maju dlm sahsiah murid kurikulum n kokorikulum.

  3. pasikan pantun smklb said

    hye tahniah kpada pmantun
    sy harap dapat jmpa korang nnti
    x lupe juga kpada helmi
    tahniah smpai ketahap tu
    wlaupon kita sama2 pegi bahas mase skolah rendah same
    tpi skarg ko da g kbangsaan da
    heheheheheheh
    ni aq afizi
    ok jmpa di pringkat negeri

  4. yazid said

    salam

  5. Satu dua tiga empat,Belajar mengira dari satu,Hadiah buku memang tepat,Dalam buku terkandung ilmu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: